Siapa yang tak kenal Google kan?
Tanpa Google, tak siap lah assignment yang pensyarah bagi bertimbun-timbun tu. Taip saja apa yang nak dicari, semua keluar. Itu cerita pelajar-pelajar universiti. Ada pula yang guna Google untuk cari benda-benda yang tak berfaedah. Apa nak jadi ni? Ok. Sebelum saya teruskan apa yang ingin disampaikan, izinkan saya untuk membawa anda berkenalan dengan Google secara ringkas. Google adalah sebuah laman carian yang terkenal di serata dunia. Google akan mencari apa sahaja dokumen-dokumen yang tersimpan di internet. Menggunakan teknologi tinggi mengalahkan pesaing seperti Yahoo!, Bing, AOL.com dan lain-lain, Google mennggunakan Google Bot untuk membuat carian. Google Bot akan crawl atau dalam bahasa melayunya, akan melawat semua page secara automatic untuk mengumpul data-data yang akan dimasukkan kedalam pangkalan data Google. Apabila data-data ini sudah dikumpul, baru lah sesebuah carian boleh dilakukan. Oleh sebab itu lah ada teknik yang dipanggil search engine optimization (SEO) yang terkenal dikalangan blogger professional. Dengan SEO, tugas Google Bot untuk mengumpul maklumat lebih senang dan hasilnya laman web tersebut menduduki carian teratas bagi Google dan akan meningkatkan trafik. Cukup saya terangkan secara ringkas tentang Google kerana jika mahu diterangkan lebih lanjut, saya rasa banyak perkara yang perlu dibincangkan.
Berbalik kepada topik asal iaitu Google Yang Pintar. Jangan salah faham. Sebenarnya bukan niat saya mengatakan Google lebih pintar daripada manusia tetapi sekadar memberi gambaran apa yang mampu dilakukan oleh sebuah laman carian bernama Google. Saya akan memberi sedikit tips berguna untuk membantu carian anda secara lebih efisien.
1) Guna Google sebagai proxy percuma
Melayari laman web tertentu di pejabat atau dirumah tidak sebebas yang diharap. Kadangkala laman web tersebut telah disekat oleh pihak pengurusan. Biasanya laman yang disekat seperti Facebook, Youtube, pornografi, politik dan sebagainya. Bagi yang tahu mengenai internet, pasti terlintas untuk menggunakan proxy. Menggunakan proxy bermakna pengguna dapat akses laman tersebut walaupun telah disekat. Tak perlu rasanya saya terangkan apa itu proxy. Cari saja di Google. Gunakan fungsi Google cache untuk melawat laman tersebut walaupun telah disekat.
cache:example.comGantikan example.com dengan alamat laman web yang anda ingin layari.
* saya tak pasti sama ada laman Facebook boleh dilayari menggunakan teknik ini atau tak
2. Mengetahui waktu tempatan dimana-mana sahaja
Keluarga anda sedang berada di Mekah menunaikan haji? Pasti anda ingin mengetahui waktu disana bukan? Guna sahaja carian ini:
what time is it negaraGantikan perkataan negara tu dengan negara yang anda ingin tahu waktunya. Contoh: what time is it makkah
3. Alat tukaran nilai matawang, ukuran, saiz dan sebagainya
Alat tukaran unit Google adalah satu fungsi khas yang terdapat dalam laman carian Google. Hanya perlu guna kotak carian untuk menukarkan sesuatu nilai ke unit yang baru. Sebagai contoh, jika ingin mengetahui kadar tukaran 1 US dollar dengan ringgit malaysia, hanya perlu taip:
1 US dollar in malaysian moneyJika ingin menukarkan unit 155473 bytes ke kilobytes, taip:
155473 bytes in kilobytesBermacam-macam lagi unit tukaran yang disediakan Google. Jadi, selamat bereksperimen.
4. Cari dokumen dan terma yang berkaitan
Apabila sedang menyiapkan assignment, anda mungkin buntu untuk mencari bahan yang sesuai dengan tajuk assignment yang ingin disiapkan. Taip sahaja sesuatu perkataan, maka keluar lah banyak bahan-bahan merapu yang kadang-kadang tiada kaitan langsung dengan tajuk. Caranya ialah hanya tambah simbol ~ dihadapan perkataan yang anda ingin cari. Contoh jika anda sedang mencari bahan berkaitan nutrition, maka taip:
~nutritionBahan-bahan yang terpapar hasil carian Google akan lebih berkaitan dengan nutrition dan kesihatan.
5. Carian lagu, filem dan e-book
Bukan semua lagu boleh dimuat turun di laman 4shared, Rapidshare, Mediafire dan sebagainya. Untuk memudahkan carian, guna saja kod carian google ini.
Untuk carian lagu:
-inurl:(htm|html|php) intitle:"index of" +"last modified" +"parent directory" +description +size +(wma|mp3) "Nirvana"Gantikan perkataan Nirvana dengan nama lagu atau artis yang ingin anda cari
Untuk carian ebook:
-inurl:htm -inurl:html intitle:"index of" +("/ebooks"|"/book") +(chm|pdf|zip) +"For Dummies"Gantikan perkataan For Dummies dengan tajuk ebook yang anda cari
Untuk carian filem:
-inurl:htm -inurl:html -inurl:php intitle:”index of" (mpg|avi|wmv) “Claudia Schiffer”Gantikan perkataan Claudia Shiffer dengan tajuk filem yang anda cari
Itu sahaja yang dapat saya kongsi dengan anda semua kerana saya rasakan ini sahaja yang berguna untuk pengguna internet biasa seperti kita. Ada lagi teknik-teknik carian yang lain seperti untuk hack, tengok live webcam dan macam-macam. Tapi, itu semua saya rasa tak berguna. Saya harap anda dapat memanfaatkan secebis ilmu yang dikongsi.







