Selamat datang ke blog kami. Diharap anda selesa dan sudi untuk membaca entri yang ditulis oleh kami. Blog kami masih lagi baru setahun jagung. Segala tunjuk ajar, kami alu-alukan. Terima kasih =)

Thursday, February 3, 2011

Google Yang Pintar


Siapa yang tak kenal Google kan?
Tanpa Google, tak siap lah assignment yang pensyarah bagi bertimbun-timbun tu. Taip saja apa yang nak dicari, semua keluar. Itu cerita pelajar-pelajar universiti. Ada pula yang guna Google untuk cari benda-benda yang tak berfaedah. Apa nak jadi ni? Ok. Sebelum saya teruskan apa yang ingin disampaikan, izinkan saya untuk membawa anda berkenalan dengan Google secara ringkas. Google adalah sebuah laman carian yang terkenal di serata dunia. Google akan mencari apa sahaja dokumen-dokumen yang tersimpan di internet. Menggunakan teknologi tinggi mengalahkan pesaing seperti Yahoo!, Bing, AOL.com dan lain-lain, Google mennggunakan Google Bot untuk membuat carian. Google Bot akan crawl atau dalam bahasa melayunya, akan melawat semua page secara automatic untuk mengumpul data-data yang akan dimasukkan kedalam pangkalan data Google. Apabila data-data ini sudah dikumpul, baru lah sesebuah carian boleh dilakukan. Oleh sebab itu lah ada teknik yang dipanggil search engine optimization (SEO) yang terkenal dikalangan blogger professional. Dengan SEO, tugas Google Bot untuk mengumpul maklumat lebih senang dan hasilnya laman web tersebut menduduki carian teratas bagi Google dan akan meningkatkan trafik. Cukup saya terangkan secara ringkas tentang Google kerana jika mahu diterangkan lebih lanjut, saya rasa banyak perkara yang perlu dibincangkan.

Berbalik kepada topik asal iaitu Google Yang Pintar. Jangan salah faham. Sebenarnya bukan niat saya mengatakan Google lebih pintar daripada manusia tetapi sekadar memberi gambaran apa yang mampu dilakukan oleh sebuah laman carian bernama Google. Saya akan memberi sedikit tips berguna untuk membantu carian anda secara lebih efisien.

1) Guna Google sebagai proxy percuma

Melayari laman web tertentu di pejabat atau dirumah tidak sebebas yang diharap. Kadangkala laman web tersebut telah disekat oleh pihak pengurusan. Biasanya laman yang disekat seperti Facebook, Youtube, pornografi, politik dan sebagainya. Bagi yang tahu mengenai internet, pasti terlintas untuk menggunakan proxy. Menggunakan proxy bermakna pengguna dapat akses laman tersebut walaupun telah disekat. Tak perlu rasanya saya terangkan apa itu proxy. Cari saja di Google. Gunakan fungsi Google cache untuk melawat laman tersebut walaupun telah disekat.
cache:example.com
Gantikan example.com dengan alamat laman web yang anda ingin layari.
* saya tak pasti sama ada laman Facebook boleh dilayari menggunakan teknik ini atau tak


2. Mengetahui waktu tempatan dimana-mana sahaja


Keluarga anda sedang berada di Mekah menunaikan haji? Pasti anda ingin mengetahui waktu disana bukan? Guna sahaja carian ini:
what time is it negara
Gantikan perkataan negara tu dengan negara yang anda ingin tahu waktunya. Contoh: what time is it makkah

3. Alat tukaran nilai matawang, ukuran, saiz dan sebagainya


Alat tukaran unit Google adalah satu fungsi khas yang terdapat dalam laman carian Google. Hanya perlu guna kotak carian untuk menukarkan sesuatu nilai ke unit yang baru. Sebagai contoh, jika ingin mengetahui kadar tukaran 1 US dollar dengan ringgit malaysia, hanya perlu taip:
1 US dollar in malaysian money
Jika ingin menukarkan unit 155473 bytes ke kilobytes, taip:
155473 bytes in kilobytes
Bermacam-macam lagi unit tukaran yang disediakan Google. Jadi, selamat bereksperimen.

4. Cari dokumen dan terma yang berkaitan


Apabila sedang menyiapkan assignment, anda mungkin buntu untuk mencari bahan yang sesuai dengan tajuk assignment yang ingin disiapkan. Taip sahaja sesuatu perkataan, maka keluar lah banyak bahan-bahan merapu yang kadang-kadang tiada kaitan langsung dengan tajuk. Caranya ialah hanya tambah simbol ~ dihadapan perkataan yang anda ingin cari. Contoh jika anda sedang mencari bahan berkaitan nutrition, maka taip:
~nutrition
Bahan-bahan yang terpapar hasil carian Google akan lebih berkaitan dengan nutrition dan kesihatan.

5. Carian lagu, filem dan e-book
Bukan semua lagu boleh dimuat turun di laman 4shared, Rapidshare, Mediafire dan sebagainya. Untuk memudahkan carian, guna saja kod carian google ini.

Untuk carian lagu:
-inurl:(htm|html|php) intitle:"index of" +"last modified" +"parent directory" +description +size +(wma|mp3) "Nirvana"
 Gantikan perkataan Nirvana dengan nama lagu atau artis yang ingin anda cari

Untuk carian ebook:
-inurl:htm -inurl:html intitle:"index of" +("/ebooks"|"/book") +(chm|pdf|zip) +"For Dummies"
Gantikan perkataan For Dummies dengan tajuk ebook yang anda cari

Untuk carian filem:
-inurl:htm -inurl:html -inurl:php intitle:”index of" (mpg|avi|wmv) “Claudia Schiffer”
Gantikan perkataan Claudia Shiffer dengan tajuk filem yang anda cari

Itu sahaja yang dapat saya kongsi dengan anda semua kerana saya rasakan ini sahaja yang berguna untuk pengguna internet biasa seperti kita. Ada lagi teknik-teknik carian yang lain seperti untuk hack, tengok live webcam dan macam-macam. Tapi, itu semua saya rasa tak berguna. Saya harap anda dapat memanfaatkan secebis ilmu yang dikongsi.

Facebook Tak Tutup


Mesti anda pernah dengar kan desas-desus berkenaan Facebook yang dikatakan akan ditutup pada 15 Mac 2011?

Haa. Gelabah lah anda nak cari pengganti kekosongan masa lapang anda yang sebelum ini banyak dihabiskan bersama Facebook. Ada yang buat backup gambar masing di Facebook, ada juga yang dah bersedia dengan akaun Twitter. Tidak kurang pula yang hanya memerhati gelagat rakan-rakan mereka yang risau tentang penutupan Facebook yang boleh dikatakan nadi utama masyarakat Malaysia pada ketika ini.

Sejak akhir-akhir ini, Facebook menjadi satu medium sosial yang merebak seperti epidemik yang tiada antidot. Jika seseorang itu tiada akaun Facebook, maka mereka dianggap kolot dan tidak mengikuti perkembangan semasa. Melihat sejarah penubuhan Facebook oleh Mark Elliot Zuckerberg pada awal tahun 2004 satu ketika dahulu, laman Facebook hanya satu laman untuk merapatkan hubungan antara pelajar di Harvard University (tempat Mark belajar). Bermula dengan alamat http://thefacebook.com, Mark, pelajar tahun dua Harvard University, telah mencipta fenomena. Dalam beberapa bulan sahaja, Facebook mula mendapat tempat di universiti lain sekitar Harvard. Akhir tahun berikutnya, Facebook mula dibuka kepada pelajar sekolah tinggi (high school) di sana. Menjelang tahun seterusnya, Facebook secara rasmi dibuka kepada umum melalui internet.

Berkenaan isu penutupan Facebook pula, ia mula disebarkan oleh medium internet Weekly World News (http://weeklyworldnews.com). Menurut WWN, Mark akan menutup operasi Facebook sepenuhnya kerana mengendalikan laman Facebook penuh dengan tekanan. Facebook juga akan ditutup kerana telah mengganggu kehidupan Mark. Berita yang disiarkan oleh WWN telah mengejutkan pelbagai pihak dan mendapat perhatian media-media berita ternama termasuk CNN. Khabar angin ini ternyata membawa satu kejutan bagi masyarakat dunia yang banyak menghabiskan masa lapang dengan Facebook. Siapa yang tidak terkejut kerana Facebook sebelum ini dilihat tiada masalah bahkan sentiasa menarik pengguna baru untuk mendaftar. Kebanyakan antara kita juga hairan kenapa Facebook yang mempunyai pelaburan melebihi 50 billion dolar, akan ditutup semudah itu. Ramai yang tertanya-tanya berkenaan kebenaran berita ini. Justeru itu, saya merasa terpanggil untuk menjelaskan isu penutupan Facebook ini berdasarkan sedikit carian yang dibuat.

Seperti yang saya katakan diatas, berita penutupan Facebook telah disebarkan oleh WWN. Berdasarkan carian yang dibuat, WWN adalah satu medium berita hoax yang yang amat terkenal di Amerika Syarikat pada akhir tahun 70-an. Ia merupakan medium berita bercetak yang memuatkan berita-berita pelik dan tak masuk akal. Sebenarnya, berita yang disiarkan hanyalah rekaan semata-mata dan untuk hiburan. Ini bermakna, berita yang disiarkan oleh WWN pada ketika itu tidak benar sama sekali. Antara tajuk-tajuk berita depan yang popular ialah Blind Man Regains Sight And Dumps Ugly Wife, Jimmy Hoffa found - in Elvis's Grave!, Space Alien Backs Bush For President dan Elvis Is Alive and Living In Kalamazoo!. Tajuk berita terakhir adalah yang paling popular dengan 1.2 juta salinan WWN dijual. Namun setelah 20 tahun wujud menyebarkan berita palsu, WWN akhirnya hilang bisa. Pada tahun 2007, WWN telah ditutup secara rasmi. Namun kerinduan rakyat Amerika terhadap WWN terubat dengan kewujudan semula WWN tapi bukan dalam bentuk cetakan, ia diterbitkan dalam bentuk laman web. Sehingga sekarang, laman web WWN masih mengekalkan tradisinya untuk menyebarkan berita palsu sebagai hiburan. Baru-baru ini, WWN sekali lagi mencetuskan debatan hangat dengan menyiarkan berita bertajuk Facebook Will End On March 15th (http://weeklyworldnews.com/headlines/27321/facebook-will-end-on-march-15th/). Berita tersebut mencetuskan perdebatan masyarakat dunia yang tidak mengetahui sejarah penubuhan WWN. Mereka mengganggap berita tersebut adalah benar dan menimbulkan kerisauan. Kepada anda yang membaca artikel saya ini, pasti mengetahui asal-usul dan tujuan WWN diwujudkan. Jadi, mengapa harus bimbang lagi? Facebook tak akan ditutup oleh Mark.

Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan pengumuman rasmi pengasas Facebook, Mark di laman Facebook beliau berbunyi:
"We didn't get the memo about shutting down, so we'll keep working away like always. We aren't going anywhere; we're just getting started"
Pengumuman rasmi tersebut juga disiarkan oleh agensi berita AFP (http://news.yahoo.com/s/afp/20110110/tc_afp/usitcompanyinternetfacebook). Berdasarkan pengumuman yang dibuat,  Mark telah menafikan berita tentang penutupan Facebook yang kini menjadi sumber rezekinya.

Diharap penjelasan ringkas saya mampu melenyapkan kegusaran yang bermain di pemikiran berkenaan berita Facebook akan ditutup. Semoga penjelasan saya memberi manfaat kepada anda dan yang lain. Akhir kata, berpada-padalah menggunakan Facebook agar tak mengabaikan pelajaran, keluarga dan agama

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More